Assalamualaikum, semoga anda menjalani hari-hari dengan hati yang gembira.

Hari ini artikel Kak Sha berkenaan masalah kesihatan bayi baru lahir yang sangat perlu dititikberatkan oleh semua mama papa sekalian. Jom baca.

Jangkitan tali pusat

Selepas tali pusat bayi dipotong, bekas potongan itu akan sedikit luka, maka ianya perlu di jaga dengan baik sehingga kering dan tertanggal dengan sendirinya. Sesetengah bayi akan mengalami jangkitan tali pusat. Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika ada tanda-tanda seperti bengkak, ruam, nanah mahupun cecair jernih yang macam melekit. Pastikan tangan anda sentiasa bersih bebas kuman sebelum merawat tali pusat bayi mahupun pegang bayi.

Sedu

Sedu adalah perkara biasa bagi bayi jadi ibu-ibu jangan risau. Dalam sehari ianya akan berlaku. Kajian mengatakan sedu berlaku kkerana bayi terlalu kenyang. Orang tua-tua ada mengatakan, basahkan sedikit tisu dan letakkan di dahi bayi dan ianya akan hilang.

Muntah

Selain sedu, bayi yang terlalu kenyang juga akan muntah. Kebiasaannya. Ianya akan berlaku selepas menyusu. Mungkin kerana terlebih dos. Seperti yang kita tahu perut bayi sangat kecil jadi ianya tidak mampu menyimpan susu yang banyak. Hal yang demikian, bayi memang akan kerap menyusu sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Sendawakan bayi selepas menyusu. Dukung bayi mengahdap ke belakang, pastikan dada bayi selari dengan bahu anda. Tepuk punggungnya dengan lembut. Kuantiti cecair muntah tidaklah sebanyak orang dewasa tetapi jika ianya banyak, sila bawa berjumpa dengan doktor kerana bayi mungkin mengalami masalah di bahagian usus.

Kembung Perut

Kebiasaannya, bayi kembung perut selalu berlaku pada waktu malam sehingga ibu ayah tak dapat tidur langsung. Pemakanan ibu yang tidak betul, cuaca dan susu formula yang tidak sesuai antara punca bayi kembung perut. Sapu minyak angin atau minyak telon tateh (boleh dapatkan di www.tateh.com.my) di perut bayi. Selain itu, tungku herba yang telah dipanaskan juga boleh digunakan. Pastikan suhu selamat untuk kulit bayi. Jangan sampai melecur pula.

Ruam

Ruam juga antara perkara biasa yang sering terjadi kepada bayi akibat kulit sesetengah bayi yang sensitif. Kulit bayi ni lembut, penjagaan yang rapi adalah sangat perlu. ibu-ibu pasti risau bukan apabila melihat bitnik-bintik merah pada kulit bayi terutama bahagian punggung yang dikenali sebagai ruam lampin. Ianya boleh terjadi kerana suhu persekitaran yang terlalu panas. Jangan sesekali letakkan bedak ketika bayi terkena ruam. Pastikan bayi tidak memakai pakaian tebal atau berlapis lapis. Pengudaraan yang nyaman dan segar adalah yang terbaik. Lampin yang basah perlulah ditukar dengan segera terutamanya jika bayi membuang air besar. Tukar lampin sekurang-kurangnya 6 jam sekali bagi mengelakkan bayi terkena gatal-gatal.

Sembelit

Sembelit berlaku apabila ibu-ibu memberi susu formula atau susu sejal yang mana tidak bayi tidak boleh menerima susu tersebut. Tidak sesuai. Berikan bayi buah-buahan seperti pisang atau pir jika bayi telah berumur 6 bulan ke atas. Walaubagaimanapun, jika bayi belum sesuai untuk makan, hentikan pemberian susu formula buat sementara waktu atau tukar dengan susu formula yang lain.

Demam dan selsema

Suhu biasa bagi bayi ialah 37 °C, apabila suhu bayi melebihi 38 °C itu bermaksud bayi demam. Letakkan tuala basah di kepala dan celah ketiak untuk menurunkan suhu bayi. tiada ubat khas untuk bayi demam yang berumur 6 bulan ke bawah. Di samping itu, selsema akan berlaku kerana sistem pertahanan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus yang akan menyebabkan bayi tidak lena tidur. Selsema berlaku kerana kahak berkumpul di paru-paru bayi yang mana sukar untuk dibuang kerana masih terlalu kecil. Gunakan teknik steam bawang untuk melegakan pernafasan bayi. cara lain sapukan minyak bawang putih di bahagian dada, tapak kaki dan belakang bayi, inshaallah bayi akan lega.