Tips memilih kasut bayi supaya tidak salah

Home » Tateh Blog » Tips memilih kasut bayi supaya tidak salah

Tips memilih kasut bayi supaya tidak salah

Kasut bukan sekadar penyeri untuk si kecil. Keselesaan dan fungsi dia sangat penting. Ianya dianggap mudah dalam kalangan ibu bapa. Apabila anak anda sudah boleh berdiri atau berjalan sudah pasti ibu bapa akan teruja teramat sehingga rambang mata dan pembaziran berlaku. Ramai yang membeli kerana corak atau warna kasut itu sehingga ada segelintir yang memaksa anak mereka berjalan walaupun sebenarnya kanak-kanak akan mula berjalan dengan sendirinya.

Ibu-ibu sila ambil tahu akan info-info ini

Pastikan anda membeli kasut mengikut saiz yang sesuai. Jangan beli kasut yang terlalu kecil atau ketat yang mana akan menyebabkan kaki si kecil membengkok dan tidak membesar. Jangan juga membeli kasut yang terlalu besar kerana ramai yang berfikiran beli kasut besar lebih jimat kerana kaki akan membesar. Tidak elok ya, iaya akan menyebabkan anak anda tidak selesa dan mudah jatuh tersungkur juga proses pembelajaran berjalan akan tersekat. Pilih kasut yang bahagian dalamnya mempunyai pengalas lembut yang mana dapat menyerap hentakan ketika bayi berjalan mahupun berlari di atas permukaan keras.

Ukur panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang di tambah dengan satu ruas jari orang dewasa. Hal ini kerana kaki kanak-kanak akan berubah dari semasa ke semasa kerana bayi membesar dan risiko melecet dapat dielakkan. Kaki bayi perlu di ukur beberapa kali dalam masa setahun. Kebiasaannya, ukur kasut ketika si kecil dalam keadaan berdiri dan memakai stoking atau sarung kaki. Kebanyakkannya, kaki kanan dan kiri manusia tidak sama besar. Pilih kasut mengikut ukuran kaki yang lebih besar.

Kasut sangat penting untuk pembentukan otot dan tulang kaki si bayi yang mana masih lagi sensitif. Jangan beli kasut hanya kerana ianya cantik sehingga melecet kaki si anak. Hal ini akan memberi impak terhadap si anak untuk tidak mahu berjalan. Anda mahu dukung?

Anda boleh mula membeli kasut si kecil apabila bayi telah berusia 12 bulan atau apabila anak anda sudah pandai berdiri atau berjalan. Jika anak anda masih tidak boleh berjalan, pastikan anda melindungi kaki anak anda dengan pelapik tangan dan kaki atau stokin.

Pilihlah kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel untuk si bayi. Jangan terlalu lembut jangan juga terlalu keras. Hindari daripada kasut yang bertali. Kasut yang diperbuat daripada rekaan kulit mudah lentur adalah yang terbaik. Elakkan kasut yang keras kerana bayi berisiko tinggi dalam perkembangan tulang. Ketika ini bayi sangat aktif, oleh itu kasut bertali sangat tidak sesuai dikhuatiri tali terlepas ikatannya. Jika anak anda perempuan, jangan beli kasut bertumit tinggi kerana kaki si kecil akan cenderung ke depan.

Pastikan material yang dipilih boleh membuatkan kulit bayi bernafas supaya kakinya tidak berpeluh dan ditumbuhi ruam. Pastikan ianya juga tidak berat kerana jika berat ada sesetengah bayi akan lebih cenderung untuk tidak mahu berjalan. Tambahan pula, jangan beli tapak yang flat licin atau flat tetapi beli kasut yang ada garis-garis di tapaknya supaya si kecil tidak mudah tergelincir.

Zaman sekarang kasut berkualiti dan selesa untuk si kecil mahal bukan? Biar mahal sekali daripada anda perlu keluar duit berkali-kali. Semoga artikel ini bermanfaat.

 

By |2018-07-04T17:03:31+00:00July 4th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment