5 Tips Membeli Carseat untuk Si Kecil

Home » Tateh Blog » 5 Tips Membeli Carseat untuk Si Kecil

5 Tips Membeli Carseat untuk Si Kecil

Tadi ada yang tanya kak Sha bagaimana nak tahu kita beli child restrain system (CRS) atau carseat yang selamat sebab banyak sangat jual di online murah murah. Jadi was was untuk beli.

Jom kak Sha share tips

Ada 5 perkara perlu dibaca pada ketika tengok label yea.

1. Universal

Bermaksud sesuai dipasang dengan kebanyakkan jenis kenderaan. Manakala semi universal sesuai untuk jenama kereta tertentu. Biasanya pilih yang universal.

2. Had berat

Biasanya tulis berat yang sesuai untuk bayi atau kanak kanak. Jadi sebelum beli kena tahu berapa berat anak kita.

Ada berat 0-13kg
Ada berat 9-36kg

Tapi sekarang ada yang letak ikut tinggi anak. Kerana sekiranya kepala anak melebihi tinggi CRS adalah bahaya. Jadi kena tahu berat dan tinggi anak.

3. No sijil

Ni kira macam surat beranak. Setiap jenis carseat ada number serial di. Contoh modal A serial tertentu, model B serial lain pula.

Jadi kalau jalan jalan ke jualan terlampau murah, tengok number semua surat beranak sama tu hati hati ye. Mungkin pendatang haram dan tak selamat. Bukan apa kita tak tahu samada plastik dan bahan digunakan tahan hentakan ketika kemalangan atau tidak.

4. Nombor mengikut piawai negara mana luluskan

Ada piawai US, ada piawai Europe.

Contoh label tu ECE R44, jadi E1…. tu semua merujuk negara bawah UNECE[1]

Manakala kalau dari US tiada E di hadapan.

ECE R44/04 approval label

Contoh label standard piawaian Eropah, ECE R44/04

5. Terakhir sekali CRS keluar ikut piawai keselamatan mana

Macam akta kiranya. Sekarang akta ECE R44/04. Dan dalam proses untuk migrate ke akta ECE R129.

Jadi ada dua number ECE kita boleh tengok nanti ye.

Jadi jika anda ingin membeli online atau di mana mana kedai pastikan jelas dengan label dan cari samada CRS tersebut ada label atau tidak.

Kalau yang tak cukup data seperti ini boleh minta kepada penjual. Jangan segan segan.

Tanya sekali tarikh pembuatan kerana di semua CRS ada tarikh manufacture. Minta penjual belek bawah belakang CRS.

Biasanya tarikh tamat CRS ada yang 8 tahun ada yang pendek dari itu. Dia macam baldi kat toilet kita. Dah pakai 10 tahun baldi toilet tu jadi mudah pecah bila kena hentak. CRS pun macam tu la. Jadi semak bila tarikh pembuatan ye.

Semoga memberi manfaat.
Keselamatan anak anak tanggungjawab ibu bapa.
#sharingiscaring

By |2018-12-08T16:04:04+00:00December 8th, 2018|Keibubapaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment