“Ketika bayi, Arif dan Alia sepasang ibu bapa sanggup bersusah payah mengorbankan wang dan masa bagi memastikan anak kesayangan mereka Alesya, mendapat khasiat makanan secukupnya terutamanya susu. Selepas lengkap penyusuan ibu selama dua tahun, Alesya meneruskan pengambilan susu tambahan sehingga berusia 6 tahun.

Namun selepas memasuki sekolah, Alesya tidak lagi mengambil susu malah tidak menggemarinya langsung sehingga remaja.Malah Arif dan Alia tidak lagi menekankan kepentingan susu di dalam makanan harian Alesya. Apakah kesannya kepada Alesya untuk jangka masa panjang? Adakah amalan ini memberikan kesan kepada Alesya untuk jangka masa panjang?. “

e0278db26641847d5ae4efb63a0c66a7

Senario ini adalah senario biasa di Malaysia. Ketika bayi dan kanak kanak, susu adalah makanan penting yang ditekankan ibu bapa kepada anak mereka namun, pengambilan susu semakin berkurangan apabila kanak kanak beranjak ke alam persekolahan. Malah kebanyakkan ibu bapa tidak lagi menggalakkan pengambilan susu ketika anak berusia 4 tahun atau di peringkat pra sekolah. Senario ini sering berlaku di Malaysia dan amat berbeza berbanding dengan masyarakat eropah dan arab, pengambilan susu adalah menu utama di dalam keluarga daripada bayi, remaja dan dewasa.

Adakah serius fenomena ini di Malaysia?

Senario ini boleh dikatakan serius terutama apabila terdapat kajian yang menunjukkan 50% kanak kanak di bawah 12 tahun di  Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi dan tidak mendapat vitamin D yang mencukupi untuk tubuh. Kajian ini dijalankan oleh  Royal Friesland Campina N.V melibatkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia dari Mei 2010 sehingga Oktober 2011. Menurut hasil kajian itu juga, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan umur.

download

Mengapakah susu tidak dipentingkan selepas bayi

  1. Ibu bapa menganggap  susu adalah makanan untuk bayi sahaja
  2. Kanak-kanak mula mengambil  minuman lain, seperti kordial, jus buah buahan dan minuman ringan
  3. Kanak kanak makan pelbagai makanan lain dan susu tidak menjadi keutamaan.  
  4. Ibu bapa tiada pengetahuan tentang kepentingan susu  untuk pertumbuhan selepas bayi, malah ibu bapa sendiri mengabaikan pengambilan ksusu untuk diri mereka sendiri

 

Ada apa dengan  susu (apa keajaiban susu)

Pelbagai kajian telah  memm buktikan bahawa susu adalah  makanan lengkap yang mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum tubuh seperti kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain kaya dengan vitamin A, vitamin B seperti Riboflavin, Niacin, B6 dan B12, vitamin C, Zink, Fosforus, dan Magnesium.Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menggariskan keutamaan pengambilan susu dan produk tenusu antara salah satu daripada 14 kunci utama Panduan Pemakanan Malaysia 2012.

Susu ngandungi pelbagai zat bermanfaat, antaranya ialah

Kalsium

  • Kalsium tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi daripada sumber makanan.
  • Kalsium merupakan mineral utama yang terkandung dalam susu.Keperluan
  • Kalsum berbeza daripada bayi sehingga dewasa. Bayi sehingga 6 bulan memerlukan 200 mg Kalsium yang dapat dipenuhi dengan pengambilan susu ibu manakala kanak kanak berusia 5 tahun memerlukan 500mg yang boleh dibekalkan oleh dua cawan susu segar.
  • Kebanyakkan kanak kanak berusia 5 tahun mendapat 70% keperluan kalsium daripada susu mengikut kajian Women’s and Children’s Health Network of Australia.
  • Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium per setiap unit berat badan jika dibandingkan dengan orang dewasa. Kalsium ini penting untuk kanak kanak mencapai ketumpatan tulang maksimum  atau “peak bone mass” yang dapat mengurangkan risiko terhadap osteoporosis (penyakit tulang rapuh) di kemudian hari.
  • Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, umpamanya aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka.

Protein

  • Satu gelas susu mengandungi 7g protein. Protein perlu untuk membina otot, pertumbuhan badan dan membina sel darah merah  yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan.

 

Karbohidrat-

  • Karbohidrat di dalam susu adalah dalam bentuk laktosa. Susu adalah sumber tenaga segera dan sesuai dijadikan snak yang panta dengan hanya meminumnya.
  • Karbohidrat dalam susu mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh.

Lemak-

  • Susu mengandungi lemak yang dapat membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf. Lemak juga membantu menyerap sesetengah jenis vitamin seperti vitamin B dan C.
  • Susu ibu kaya dengan DHA dan omega 3 untuk membantu membentuk otak anak anak.

Vitamin D

  • susu ditambah dengan vitamin D kerana vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kanak kanak yang tidak mendapat vitamin D yang cukup boleh mendapat penyakit Riket dan tulang yang rapuh.
  • kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat.

 

 

Keperluan Susu mengikut umur

Keperluan susu bagi bayi

Bayi 0 ke 12 bulan

download (1)

  • Menurut Saranan Pemakanan Malaysia 2005 bayi  selepas lahir sehingga 6 bulan memerlukan 300mg kalsium setiap hari dan antara umur 7 bulan ke 12 bulan memerlukan 400 mg. Pada tahun pertama kalsium daripada susu ibu mudah diserap dan memenuhi keperluan kalsium bayi.
  • Selepas bayi merusia 6 bulan, susu sahaja tidak mencukupi dan makanan tambahan perlu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan nutrisi terutama zat besi (iron)
  • Susu lembu tidak dapat dikhadam dengan baik oleh bayi di bawah 12 bulan dan kekurangan nutrient penting berbanding susu ibu, susu kambing ataupun susu formula. Oleh itu, elakkan pemberian susu lembu sebagai minuman utama bagi bayi berumur 12 bulan ke bawah. Sekiranya ibu tidak mampu menyusukan bayi, komposisi susu kambing didapati lebih menyerupai susu ibu berbanding susu lembu.

 Umur setahun ke 3 tahun

images (1)

  • Keperluan kalsium dan vitamin D meningkat dengan peningkatan umur
  • RDI Malaysia cadangkan kanak kanak berusia 1-3 tahun mengambil 500-600mg kalsium dan 500 IU Vitamin D. Susu adalah sumber utama Kalsium. Dua cawan susu sehari mampu memenuhi keperluan Kalsium anak anda.
  • Susu rendah lemak tidak digalakkan kerana anak memerlukan lemak untuk perkembangan saraf dan otak menurut Frank Greer, M.D., chairman of the American Academy of Pediatrics’s Committee on Nutrition. Namun jika didapati anak anda terlalu menambah berat dengan banyak untuk ketinggiannya, ada juga pakar kanak kanak akan menyarankan ubah kepada susu rendah lemak. 2 tahun sehingga 6 tahun

Umur 4 ke 8 tahun

images (2)

  • Keperluan kalsium meningkat antara 700 ke 100mg sehari. Dua gelas susu setiap hari boleh mampu membekalkan jumlah kalsium yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar.
  • Kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 peratus daripada bijirin sarapan pagi.
  • Selalunya pada usia 7 tahun ke atas iaitu memasuki alam persekolahan,  pengambilan susu mula diabaikan di Malaysia sedangkan keperluan kalsium lebih tinggi berbanding sebelumnya.
  • Pengambilan kalsium yang cukup penting untuk mencapai tahap maksima penyimpanan kalsium di dalam tulang bagi mengelakkan osteoporosis.
  • Namun begitu,mineral ini boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan (misalnya sardin dan ikan bilis), kekacang, produk kekacang (misalnya tauhu, fucok dan tempe) dan buah-buahan kering (misalnya kismis, kurma, aprikot dan prun). Sayuran berdaun hijau (misalnya bayam dan kailan) juga mengandungi kalsium.

Umur 10 ke 20 tahun

download (2)

Pada usia ini tahap maksima kepekatan tulang dicapai dan memasuki tempoh kematangan. Keperluan kalsium ketika ini mencecah 1000mg sehari.

Separuh daripada keseluruhan penyimpanan kalsium di dalam tulang bagi wanita dan 2/3 penyimpanan kalsium bagi lelaki pada usia ini.

Remaja membesar dengan cepat dan memerlukan banyak kalsium di dalam tulang terutama ketika mengalami haid.

Kebiasaanya keperluan ini tidak dapat dipenuhi. Cara untuk memenuhi nya antaranya dengan mengambil dua cawan susu, 1 cawan yourgurt dan 1 cawan jus yang dioerkaya dengan kalsium disamping sayuran dn makanan kaya kalsium lain.

 

Berikut adalah beberapa cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari.

  • Ingat bahawa susu dan produk tenusu lain adalah sumber utama kalsium dan pelbagai nutrient penting yang sangat diperukan untuk pertumbuhan.
  • Galakkan keluarga  minum susu. Susu bukan untuk bayi tetapi penting untuk semua peringkat umur, anak anda pasti meniru perbuatan anda
  • Jangan memberikan terlalu banyak minuman manus seperti jus buah atau minuman berperisa sehingga menggantikan pengambilan suus.
  • Untuk kanak kanak yang tidak menggermari susu, hidangkan bersama cereal ketika sarapan pagi atau sebagai snak.
  • Tambah buahan atau ditambah perisa menjadi susu kocak.
  • Pilih pencuci mulut berasaskan atau dicampur susu seperti agar agar suus, pudding susu, yourgurt, dan kustard. Gunakan susu segar adan elakkan susu sejat atau susu pekat manis.
  • Sekiranya tidak menyukai susu, pilih makanan lain yang berasaskan susu seperti keju  untuk dicampur di dalam makanan harian seperti dimakan bersama roti atau ditabur di atas pizza.
  • Berkongsi dengan anak khasiat susu ketika mereka minum
  • Sekiranya anak tidak menggemari susu suam, berikan susu sejuk.
  • Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa.
  • Belikan susu dalam paket kecil dan comel untuk menggalakkan anak minum setiap hari.
  • Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan atau bersama ais bagi menambah keenakan susu

 

Kesimpulan, susu  penting untuk semua peringkat umur daripada bayi sehingga remaja. Oleh itu, jangan berhenti menggalakkan anak anda terutamanya ketika memasuki alam persekolahan.Pastikan anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada paket susu. Jangan membeli susu yang tinnya kemek atau paket yang tembam. Susu sepatutnya diminum sebaik saja ia disediakan, dan tidak dibiarkan terdedah kepada habuk dan kerosakan. Simpan susu tepung di tempat yang kering dan sejuk.